"Demi matahari dan sinarnya dipagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi,
Demi siang hari yang menampakkan dirinya,
Demi malam apabila ia menutupi,
Demi langit beserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya,
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi yang mensucikannya,
Merugil bagi yang mengotorinya..."
Bulan Julai 2008, adalah bulan istemewa bagi kami... bulan inilah bulan bermulanya journey kami... kami mula memasukan benih benih ikan keli, talapia, patin dan tongsan kedalam kolam yang telah disediakan 2-3 bulan lalu... Seronok memanglah seronok, sebab nak masukkan ikan lah katakan....tapi jauh disudut hati masih ragu ragu dengan bagaimana kami nak menjaga ikan ikan kami ini...maklumlah menjaga nyawa, silap langkah gugur.... Kami memilih 6 Julai 2008 (6-7-8) sebagai tarikh permulaan untuk kami memulakan proses menternak ikan air tawar ini... Sedikit doa selamat diadakan semasa perlepasan benih benih ikat tersebut.............
Kolam yang telah sedia untuk menempatkan anak anak keli.
Kolam Talapia (A) tenang untuk didiami 10,000 ekor anak talapia
Kolam Talapia (B) pun sama gak....10,000 ekor akan di masukkan kedalamnya...
Kawasan lapang yang akan digunakan untuk majlis doa selamat nanti....
Tandas 100% siap sedia untuk digunakan...
Kerja-kerja mengemaskini sebuah pondok yang bakal digunakan untuk doa selamat nanti...
Kolam Talapia (A) tenang untuk didiami 10,000 ekor anak talapia
Kolam Talapia (B) pun sama gak....10,000 ekor akan di masukkan kedalamnya...
Kawasan lapang yang akan digunakan untuk majlis doa selamat nanti....
Tandas 100% siap sedia untuk digunakan...
Kerja-kerja mengemaskini sebuah pondok yang bakal digunakan untuk doa selamat nanti...
Pemandangan Kolam mandi berlatarbelakangkan Pondok dan Tandas...
Pemandangan Kolam keli...dihadapannya kelak akan ditempatkan Kolam ketutu dan kelah....
Proses terakhir sebelum dimasukkan ikan, Batang batang pisang akan direndam untuk tujuan meneutralkan asid asid air dalam kolam nie...
Pada 6 Julai 2007, satu majlis DOA SELAMAT bersempena hari melepaskan anak anak ikan talapia dan keli telah diadakan. Ucapan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat, terutamanya Bonda, Azam & Ina, Natrah & jam, Kak Yan & Abang Din, Hisham & Awin, Fuan & Sharifah, Rizal & Shura, Zulkifly & Keluarga, Uteh & kak Teh, Cahaya RR Enterprise, Tahfiz Batu 11 Hulu Langat, Abang Suri dan Keluarga, Haji Omar & Keluarga, AA Hayat Niaga, Hatta Electric Enterprise, Hinos Enterprise, AA Uteh,Lui Agro, Rakan rakan Properd dan lain lain yang mungkin terlepas pandang untuk ditaip dalam blog ini. Terima Kasih sekali lagi kerna memeriahkan majlis melepaskan anak anak ikan talapia dan keli kami.
Majlis ini bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6 petang. Syukur alhamdulillah sebanyak 20,000 ekor anak talapia dan 10,000 ekor anak keli telah dilepaskan kedalam kolam masing masing. Keseronokan terpancar di muka seluruh keluarga kami. Kami rasa terharu dengan sokongan rakan rakan yang memberi semangat untuk kami bekerja dengan lebih keras lagi....
Persiapan sebelum tahlil dan doa selamat dimulakan
Angkatan dari Sekolah Tahfiz Batu 11, Hulu Langat sampai di kebun kami...
Sebahagian dari al-hafiz yang hadir...Bacaan Yassin dan doa selamat dimulakan...
Doa Lagi....
Lepas berdoa, menjamu selera...
Majlis melepaskan anak anak ikan dimulakan di kolam (B) kemudian diikuti Kolam (A).. Sebanyak 20,000 benih talapia dilepaskan kedalam kedua dua kolam ini..... Meriah tu..
Dimulakan oleh bonda kami....amik berkat... Khairolazam...mana bini kau zam???
Jamsari & Natrah
Aku sorang... anak aku perhatikan jee..
aku dan orang rumah aku....
Norraihan & Kamaruddin..
Hisham & Awin
Rizal & Syura & Azim
Mohd Fuad...napa tak bawak kak pah???
Ehhh eh.. Syura nak lepaskan sorang sorang gak..
Norlina (Isteri Azam)...
Raja Azizah sambil diperhatikan oleh Kimi...
Abang Suri dan Isteri....
Bostany & Zubaidah..
Zulkifly & Farhan
Normahfuzah....wakil Norhuda
Abang Suri...
Haji Omar...'the advisor'....
Madam Omar...
Noralida....(Lepaskan duit ker??...)
Kakak kepada Ida...
Man & Pajeri..
Wakil Pemilik asal tanah...
Fendi & Halil...
Cepoi & Wadi...(Properd)
Myus...(Properd)
Nie lah bagaimana air dari bukit masuk kedalam kolam kami....
Anak anak talapia bergerak aktif dalam kolam....maklumlah air bukit lah katakan....
Nie cara yang palin betul memberi makan ikan talapia.... Ingat!!!! kaki kira kena angkat sikit tau...
Azam tengah berbincang sesuatu untuk menghabiskan duit family....
Nielah anak anak keli... masa nie umurnya baru 2 minggu dengan size 3-4 inci...
Kawasan kolam reakreasi yang baru di korek...kolam nie kami nak campakkan ikan KELAH....
Kolam keli pada 21 Jul.... dah dua minggu dah keli nie kat dalam kolam kami.... banyak gak yang dah gugur.... 1st timelah katakan....
Susunan Polybag untuk ditanam Cilipadi, cili merah dan cili hijau....
Tanam ubi sikit... insaallah hujung tahun nanti nak naikkan dewan makan kat sini...
Cuba mempelbagaikan ternakan ikan didalam kolam talapia..
Masukkan sikit ikan tongsan dan patin dalam kolam nie....
Aku hairan... dari mana datangnya anak kucing nie....
Proses mencantikan pintu masuk kebun....Guard house dalam pembinaan....
Kolam Ketutu dalam progress... dasar kolam nie tanah sebenarnya, dindingnya je kami plasterkan supaya nampak kemas...
Pemandangan kolam ketutu dan kolam keli...
Pemandangan Kolam kelah dan kolam ketutu yang sudan 85% siap... insyaallah nanti kami akan naikkan wakaf atas kolam nie....
Guard house dah siap plaster, rangka bumbung pun dah nampak dah.... insyaallah kami akan pastikan segala binaan atas kebun ini berbumbung seperti ini...
Tujuan utama buat guard house nie ialah untuk menempatkan meter TNB....
Pandangan kebun dari pintu masuk kebun...kawasan lapang tu kami nak tanam pisang...
3 comments:
Forum - Ternakan Ikan KETUTU di http://gem.socialgo.com/forum/top/16.
Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan - usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum Perniagaan, Blog,Direktori, Iklan Percuma DLL) dalam bidang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan , Perikanan, Hartanah (Jual & Beli Tanah) DLL.
http://gem.socialgo.com
Forum – Pertanian Adalah Perniagaan.
http://gem.socialgo.com/forum
Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM) Golden Swiftlet / Walet Emas – Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-layang (walet/walit), Pakar Rekabentuk Rumah Burung Layang-layang (walet/walit). -
http://gem.tl.my
Direktori Pertanian Malaysia – Himpunan Weblog Pertanian & Penternakan Malaysia –
http://pertanianmalaysia.blogspot.com
HARTANAH (JUAL & BELI TANAH)
http://www.gem.socialgo.com/forum/top/26
http://walet.wordpress.com/tanah
SALAM....KAMAL & AA FAMILY,
TAHNIAH DIATAS KESUNGGUHAN DAN INICIATIVE ANDA DALAM PROJEK INI.
PD KALI PERTAMA KAMI SEKELUARGA BERKUNJUNG SELEPAS PEMBANGUNAN CHALET DAN WAKAF, KAMI BEGITU SERONOK DGN MENIKMATI SUASANA DAMAI DAN SANTAPAN IKAN TALAPIA SEGAR YG DIBAKAR.
TIDUR DIMALAM YG DINGIN DI SELANGI BUNGI AIR YG MENGALIR MEMASUKI KOLAM IKAN.
TAPI ANAK ANAK SEDIKIT TERKILAN KERANA KOLAM UTK MANDI TELAH DICEMARI BAU IKAN.
PADA PANDANGAN SAYA , KESERONOKAN ANAK ANAK PERLU DI FIKIRKAN JUGA....FIKIR-FIKIRKAN LAH
BY THE WAY CONGRATULATION AND GOOD LUCK.
p/s: Abg Roseli java syok habis.
dia rasa nak bermalam pula...
hehe heheh
Хорошая информация здесь, я хотел бы поделиться с вами всем своим опытом в получении кредита для расширения моего бизнеса одежды здесь, в Малайзии. Мне было очень тяжело падать из-за моей небольшой непродолжительной болезни, тогда, когда я выздоровел, мне понадобился фонд, чтобы начать его заново, чтобы я начал, поэтому я наткнулся на мистера Бенджамина, консультанта по кредитам в Le_Meridian Funding Service. я о своем бизнес-проекте, и я сказал ему, что у меня уже есть One, и мне просто нужен кредит в 200 000,00 долларов США, он дал мне форму для заполнения, и я также сделал, он спросил меня о моем действительном удостоверении личности через несколько дней. Они сделали перевод, и мой кредит был предоставлен , Я действительно хочу поблагодарить за эти усилия, а также постараться донести это до тех, кто ищет кредит для бизнеса или другие финансовые вопросы, чтобы связаться с Le_Meridian Funding Service по электронной почте: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Он также доступен на WhatsApp Contact: +1 -9893943740.
Post a Comment