Monday, December 8, 2008

June 2008

Sepanjang Jun 2008, berbagai aktiviti telah dijalankan di kebun ini. Kebanyakkan aktiviti adalah menambahbaik kebun ini, antaranya:-

  • Memasang sebuah Kontainer untuk kediaman pekerja (Man & Pajeri). Kedudukan Kontainer ini adalah di kaki bukit dikawasan kebun ini.
  • Mencantikkan kawasan kolam mandi dengan menanam rumput dan pokok pokok bunga (Landscaping works)
  • Mengubahsuai dan mencantikkan 'pondok sementara' kepada 'Pondok Keli'.
  • Membuat batas untuk tanaman sayur sayuran
  • Memasang Paip 3 inci dari kaki bukit ke dalam kolam talapia.
  • Mencabut dan membersihkan rumput rumpai serta pokok pokok renik didalam kolam talapia sebelum proses pengaliran air dilakukan.
  • Membina sebuah Kolam Keli (20' x 50') yang mempunyai 10 kompartment yang setiap satunya bersaiz 10' x 10'. Setiap kompartment ini boleh menampung 5000 hingga 7000 ekor keli.

Pandangan Keseluruhan Kebun pada bulan June 2008.

Kontainer dipasang untuk tujuan kediaman pekerja.....

Air dari bukit mula disalirkan kedalam kolam talapia dengan menggunakan polypipe berdaimeter 3 inci sepanjang 100 meter

Saliran utama kebun ini.... Longkang kena cantikk.....

Inilah rupa dasar kolam talapia sebelum di isi air....

'Jam' tengah manyangkul... penat sangatlah tuh....

Kau buat apa tu zam???.... macam lah sibuk sangat....

Nie lah polypipe yang digunakan untuk masukkan air kedalam kolam talapia..... macam tak percaya kan..... pipe 3 inci boleh isi 1.4 juta liter air dalam masa 7 hari......

Sebelum isi air, rumput perlu di cabut.....

Kerja yang paling penting sekali dalam kebun nie.... BERSIH...BERSIH...BERSIH
Tanaman sementara... Limau kasturi, Limau Nipis, Limau Purut, Cili padi, Terung Bulat, Terung Panjang, Tomato dan lain lain sayur sayuran juga ditanam di kebun nie..


Kawasan lapang nie akan di sumbat dengan pokok limau kasturi dan limau nipis...

Kolam keli yang telah siap dibina, diuji tahap ketahanan menakung air... Setiap kolam ini mempunyai 10 kompartment bersaiz 10' x 10' yang boleh menampung sebanyak 5000 hingga 7000 ekor keli selama 2 1/2 hingga 3 bulan sebelum dijual.....

Jurutera yang bertanggungjawab dalam memastikan Design, Schedule, dan lain lain XTVT sedang meninjau kawasan kebun...... (Nie kira nak dapatkan budget barulah nie...)

Jurutera sedang mengukur saiz kolam samada mengikut piawaian atau tidak..... buat pengetahuan anda, kolam ini adalah kolam yang ke 17 selepas 16 kolam telah di reject oleh engineer ini....

Proses mengalih 'Pondok Sementara' ke kawasan yang telah tetapkan.... 10 orang angkat pondok nie... Setelah dialih, pondok yang telah berwajah baru ini di tukar dengan nama PONDOK KELI....

Batas batas yang telah siap dicangkul..... hanya menanti benih untuk di cucuk je.... Timun, Kacang panjang, Bende, Labu manis adalah sayur sayuran yang ditanam di batas ini...

Pemandangan dari arah pintu masuk kebun.... namapak tersergam bukit kat belakang tuh....

Eh eh...... berbuah gak kau durian..... 2 - 3 minggu lagi bolehlah makan....

1 comment:

Anonymous said...

Wah sgt mgiurkan la tmpt ni..ble la leh mai sane ek..mcm best jek lepak2 kt chalet..mmg mndamaikan la.

"Duiet dah banyak habiesss, Sakit otak tak baiek lagi".- haha... BERBALOI bro, pasni xyah mkn panadol da...tgok ikn sure xsakit otak gie.

Congrat la abg kamal & family ek :)