Sunday, November 30, 2008

April 2008

Bulan March 2008 telah berlalu, Kerja kerja penambakan masih lagi dijalankan hinggalah pertengahan Bulan April 2008. Kelewatan berpunca dari beberapa faktor, antaranya keadaan cuaca yang tidak menentu, disiplin yang agak lemah dari pemandu pemandu Tipper dan Backhoe yang membuatkan kami terpaksa mengusir keluar.. (tak reti kerja nak buat-buat reti).., tanah runtuh kesan hakisan air sungai yang mengalir dari kaki bukit dan berbagai bagai lagi dugaan.... biasalah,..bukan SENANG WOO...




Dugaan yang paling besar sekali adalah tanah runtuh. Berbagai bagai kaedah telah difikirkan untuk mengawal keadaan ini. Kami terpaksa berbelanja lebih dari RM15,000.00 (cara nie yang paling murah, kalau guna cara lain lagi masakkk......)untuk menanam kayu bakau disepanjang kawasan tanah runtuh ini. Kerja kerja penanaman yang berfungsi sebagai ' Retaining Wall' ini dilakukan oleh 'Apek' dengan menggunakan Backhoe dan dibantu oleh dua orang pekerja sambilan. Kerja kerja berjalan selama 10 hari.

Dalam sibuk membersih dan meratakan tanah ini, kami amik peluang untuk membuat sebuah pondok.. inilah hasil binaan kami yang pertama, sebagai langkah permulaan. Tujuan asal pondok ini dibina ialah tempat Ibu kami bersembahyang. (Nawaitu penting tuh...)


Aktiviti bulan April 2008 hanyalah sambungan dari aktiviti bulan Mac 2008 yang belum disempurnakan. Masa ini, 2 buah kolam kami sudah menunjukkan kesuburannya, rumput sudah mula tumbuh....baik untuk ikan air tawar.... kami berdoa agar kolam ini tidak memberi sebarang masalah kepada kami kelak....



Bagi memastikan saliran dan susunatur tanah kami rapi, sebanyak 12 biji concrete culvert berdiameter 5 kaki di pasang di tiga lokasi berasingan. Ini bagi mengelakkan gangguan kepada saliran dan mencantikkan jalan kami.

Alhamdulillah hujung bulan April 2008, menunjukkan keadaan cuaca yang amat baik... Hujuan ta banyak turun, Cahaya matahari yang terik membuatkan tanah kami kering dan sesuai untuk kami melakukan kerja kerja 'final touch-up' pada permukaannya.

April 2008 jugak mengingatkan kami pada dialog yang di keluarkan oleh 'Haji Bakhil' dalam filem Nasib Labu Labi..."Duiet dah banyak habiesss, Sakit otak tak baiek lagi"... Begitulah... Perbelanjaan dari awal hinggalah setakat ini sudah banyak, dan hasilnya hanya kepuasan dahulu yang kami nikmati..... takpa, kita usaha lagiiiiiii....... Bulan May 2008 menyusul......

March 2008







Alhamdulillah, minggu pertama bulan Mac 2008, hujan dah mula berhenti dan diganti dengan cahaya matahari yang memancar terik..... Tanah dah mula kering. Kesan hujan pada minggu terakhir Feb 2008 menyebabkan tanah tak berapa cantik... pemendapan berlaku, kami amik keputusan untuk panggil si Ah Yong and the Gang (Kali nie, dia bawak masuk 2 buah tipper, 1 excavator, 1 Backpusher dan 1 Backhoe) untuk memotong bukit kat bahangian belakang dan meratakan dibahagian hadapan kira kira seluas 1 1/2 ekar. Kerja kerja ini dimulakan pada 18 March 2008 hinggalah sampai habis bulan March 2008 pun tak siap lagi...hampir 200 trip (6m3 /trip)telah digunakan untuk menambak dan membaik kawasan 1 1/2 ekar tersebut.

Kolam yang telah dikorek dulu dibiarkan, masa ini proses 'dewatering' diteruskan secara semulajadi... lama gaklah kolam nie akan dibiarkan begitu sahaja bagi memastikan ianya matang dan bersedia melakukan takungan. Boleh lihat gambar disebelah ini yang diambil dari ketinggian 30 meter, rupa kolam yang telah dikorek dan dibiarkan kering dan padu selama beberapa bulan. Mengikut pada perancangan, Bulan Jun 2008, kolam ini akan diisi air yangsalirkan terus dari kaki bukit. Kolam yang dikorek sedalam 4 kaki ini bakal dimuatkan kira-kira 25,000 kaki padu atau 708,000 liter air.


Kerja kerja penambakan ini kawal selia oleh Abang Suri yang punyai minat yang sama ngan kami. Dengan minat yang dimiliki oleh abang suri ini, maka kami telah melantik abang suri untuk membantu kami dalam memastikan projek Agro kami berjalan lancar.




Februari 2008

Hampir 2 minggu proses pengukuran, pemancangan dan menebas dijalankan hinggalah tanah yang pada awalnya tak nampak apa apa, sekarang dah mula ada rupa sikit. Semua keluarga aku datang hari hari nak tengok hutan tu..... aku pun tak paham pasai apa kitaorang seronok tengok hutan. Pada 14 Feb 2008 kami berkenalan ngan Ah Yong. Si Ah yong nie ada Excavator PC200. Kami kerah si Ah yong nie untuk membersih, memotong, membuang dan segala galanya ngan menggunakan Excavator dia. Dia punyalah terror bawak excavator nie, sampai kan muka dan tangan dia pun dah macam excavator.


Kesian gak tengok Ah Yong buat kerja tuh. Apa tidaknya, dari hutan dia buang semua pokok-pokok yang tak berguna, lepas tu dia buat saliran baru. Tak cukup ngan itu, kami masih lagi tak puas hati, kami suruh dia buat jalan ngan menggunakan tanah bukit yang di potong sikit tu... Siap je jalan kami suruh dia buat Kolam Besar 2 buah... saiz kolam tu lebih kurang 60 kaki x 150kaki. Diam tak diam 14 hari gak Si Ah Yong nie duk buat kerja kat tempat kami... banyak gak kena bayar dia nie... Tapi takpe, hati kami puas.... tanah dah mula nampak dah....


Mengikut perancangan, masih banyak lagi kerja kerja yang melibatkan excavator nie, tapi memandangkan keadaan cuaca yang lembab dan hujan setiap hari, maka kami amik keputusan untuksuruh Ah Yong blah dulu.. makin lama dia duk kat situ, makin jahanam kang tanah tuh... maka Ah Yong pun blahlah dari situ.... Perancangan kami terpaksa ditangguhkan hinggalah musim hujan berhenti....


Pengenalan - Januari 2008

Ikan, Tumbuh tumbuhan dan segala hidupan adalah menjadi satu keseronokan bagi kami. Cita cita mendapatkan tapak untuk menterjemahkan 'keseronokan' kami itu telah tertanam dalam jiwa kami sejak dari awal penghijrahan kami ke Selangor dari Johor pada tahun 1995 lagi.







Pertengahan Januari 2008, kami telah ditawarkan untuk meneroka sebidang tanah seluas 4 ekar di Batu 23, Hulu Langat Selangor (Tanah ini berdekatan dengan Dam Semenyih. Untuk kesini, boleh melalui pekan Semenyih dengan menghala ke Kuala Kelawang. Sepanjang jalan ini menyajikan pemandangan semulajadi yang indah. salah satu darinya ialah Pusat Rekreasi Sungai Tekala, Dam Semenyih, Perkampungan Orang asli dan Lain lain lagi. Bagi yang datang dari arah Kuala Lumpur, bolehlah mengikut jalan Bukit Ampang hingga sampai ke Batu 14 Hulu Langat terus mengikut arah kiri sejauh 15km untuk ke agro ini)






Pada awalnya bila lihat bentuk mukabumi tanah tersebut, memang mengerikan..maklumlah takdek pengalaman. Setelah berbincang ngan keluarga (Mak, Azam, Natrah, Hisham, Wak dan aku), maka kami bulldoz jer.. Pada 16 Januari 2008, kerja pertama yang dilakukan ialah menebas, mengukur dan memancang kawasan tahan tu... masa nie tak bleh tahan rasanya, walaupun kami mengupah orang untuk melakukannya, namun kami tetap pergi gak turun padang...maklumlah nak rasa.... Pacat, ular, babi tak usah ceritalah... Itulah cerita bagaimana bermulanya Agro kami........